Saturday, December 24, 2016

Magik Pena

Dengar cerita ada SAMBUNGAN Drama Suri hati Mr. Pilot, Fattah Amin Akui Terkejut Dengan Fenomena Drama ini



Mesti masih ramai terutamanya wanita yang teringatkan Kapten Ejaz kan. Jangan tipu, RojakDaily Kaw! yakin ramai yang masih belum boleh move on walaupun drama rantaian Suri Hati Mr. Pilot sudah habis ditayangkan di Astro Ria.

Ha,tengok tu ada yang dok tersengih bila baca. Well, sebenarnya pelakon utama drama berkenaan iaitu Fattah Amin sendiri mengakui dia juga terkejut dengan sambutan luar biasa drama lakonannya bersama Neelofa.


Selepas Suri Hati Mr. Pilot, semakin banyak tawaran yang diterima. (Kredit Gambar: Instagram Fattah Amin @fattahaminz)
Bagi Fattah, perkara itu bagaikan satu ledakan luar biasa bagi kerjayanya. Malah, impak yang diterima sangat awesome dan membuatkan dia teruja dalam pada sama terkejut.

"Saya bersyukur dengan semua ini. Saya akui terkejut sebab sambutan hebat yang kami terima. Pada masa sama juga saya bersyukur dengan rezeki ini, banyak tawaran melimpah ruah datang," katanya kala ditemui pada majlis pelancaran koleksi pakaian jenamanya FattahAmin X Far8.


Impak Suri Hati Mr. Pilot masih berterusan walaupun tayangannya di Astro Ria sudah tamat. (Kredit Gambar: Instagram Fattah Amin @fattahaminz)
Meskipun sudah tamat tayangan, pelakon kacak ini memberitahu dia dan Neelofa masih mempunyai beberapa siri bertemu peminat drama itu termasuk di luar negara.

Memang fantastic bagi Fattah kerana acara yang berkaitan drama Suri Hati Mr. Pilot akan berlanjutan sehingga ke bulan depan.

"Kami masih ada beberapa siri bertemu peminat untuk drama Suri Hati Mr. Pilot sehingga ke hujung tahun. Kami juga akan ke Brunei untuk tujuan sama.


Ramai peminat berharap 'kisah' Kapten Ejaz dan Warda berterusan walaupun sesudah tamat cerita. (Kredit Gambar: Instagram Fattah Amin @fattahaminz)
"Saya tersenyum sendiri dan sangat berbesar hati dengan sambutan yang diberikan. Memang best," katanya.
Ditanya mengenai ramai peminat yang mahu melihat dia dan Neelofa bercinta seperti Ejaz dan Warda, Fattah hanya tertawa.

Baginya, apabila peminat suka bermakna gandingan mereka serasi dan lakonan mereka diterima oleh penonton.

Realitinya, sukar untuk dia bercerita soal jodoh dan perkara itu diserahkan kepada Allah.

"Kami serasi dalam drama itu, luar drama susah untuk saya katakan. Jujurnya kami masih berhubung sehingga ke hari ini.

"Kami juga ada bertemu dan berbual menerusi panggilan telefon dan Whatsapp," katanya.


Saya tetap Fattah Amin yang sama yang mereka kenal dulu. (Kredit Gambar: Instagram Fattah Amin @fattahaminz)
Mengenai sambutan luar biasa yang diterimanya, Fattah turut dikatakan sudah semakin demanding dan sombong. Tuan punya diri menafikan perkara itu.

"Siapa yang kenal saya dari dulu akan tahu siapa saya," katanya.

Kongsi pelakon yang turut memiliki gymnasium dan restoran sendiri itu, dirinya dan pihak pengurusan masih berusaha menyesuaikan dengan situasi luar biasa yang mereka terima.

Katanya, sehari pihak pengurusannya menerima sehingga 1,000 pesanan Whatsapp bertanya mengenai Fattah Amin.

"Kami cuba sedaya upaya supaya semua pihak dapat dilayan dengan baik," katanya.

Well Fattah, congrats dan moga terus berjaya. Siapa sangka dari seorang yang pernah dilabel pelakon kayu, kini menjadi hero lelaki idaman Malaya.
Baca Lagi

Friday, December 23, 2016

Magik Pena

[VIDEO!!] Bukan sekadar ahli ibadah bahkan Sultan kelantan YDP Agong Malaysia ke 15 ni mahir menembak, Jom tengok video kemahiran baginda

Baru-baru ini sultan kelantan telah dilantik menjadi YDP Agong ke 15 Malaysia. Kecoh dengan gaya hidup baginda yang beserdahana terutamanya ketika pergi ke masjid untuk solat berjemaah. 

Timbul pula ahli politik AMANAH mengeluarkan kenyataan kalau setakat nak jadi ahli ibadah baik berhenti jadi agong

Kali ni viral pula video kemahiran Agong dalam menembak

Yang di-Pertuan Agong ke 15 seorang yang cekap dalam bermain senjata, video ini dirakam semasa Pertandingan Menembak Mahabbah ( Acara Side Arm ) bertempat di Lapang Sasar Gunung, Bachok

.
Baca Lagi

Thursday, September 22, 2016

Magik Pena

RAHSIA CUN MELECUN Macam CHE TA, NEELOFA, ELFIRA LOY, AMYRA ROSLI & FATHIA LATIF TERBONGKAR!!! 5 ALAT SOLEK yang WAJIB DIMILIKI, PATUTLA FLAWLESS SEMACAM, GUNA ALAT SOLEK NO 5 TU

1. Rozita Che Wan
Bila sebut nama Che Ta, perkara pertama yang pasti akan bermain di minda kita ialah bulu matanya. Pergh lentik habis. Che Ta pandai mengenakan maskara untuk menyerlahkan lagi kelentikan bulu matanya, sekaligus membuatkan matanya lebih besar. Sekali kena renung, memang terpikat terus. Itu yang Zain Saidin cair tue.
P.S: Anda boleh dapatkan maskara “waterproof” di yang membolehkan bulu mata anda lentik sepanjang hari di Shopee dengan harga serendah RM9 sahaja. Pilihan memang banyak gila sampai rambang mata. Confirm lepas ini mata anda akan secantik Che Ta.



2.Elfira Loy

Ramai jejaka yang jatuh hati dengan Elfira Loy kerana bulu keningnya yang lebat. Asli tau bulu kening Elfira nie. Tak ada tambah-tambah ke apa-apa ke. Tapi korang jangan risau. Alat make up sekarang membolehkan korang mendapatkan bulu kening selebat Elfira Loy ini. Macam-macam teknologi canggih sekarang ini. Paling mencuri perhatian Abang Nara sekarang ialah yang boleh lukis-lukis bulu kening tue.
P.S: Korang boleh dapatkan beratus-ratus jenis alat solek yang mampu tebalkan lagi kening korang diShopee dengan harga RM9 sahaja. Ada pensil lah, yang boleh lukis lah, yang beruslah. Macam-macam ada. Boleh cuba mana-mana yang rasa sesuai dengan muka anda.
3.Neelofa
Mata Neelofa sememangnya memukau sesiapa sahaja yang memandangnya. Neelofa juga suka pakai eye liner untuk menyerlahkan lagi kecantikan matanya. Orang kata, dari mata turun ke hati. Sekarang ini pun macam-macam jenis eye liner ada di jual di pasaran. Pilih je jenama, jenis, warna dan sebagainya. Yang penting kena sesuaikan dengan muka korang.

Amik kau Miss Hana ada di jual di Shopee. Sebut je nak apa, semua ada. Harga pun murah-murah belaka. Klik, klik dan terus order hari ini juga untuk tampil lebih jelita.
4. Amyra Rosli
Abang Nara suka tengok Amyra Rosli ini kerana dia pandai mengenakan lipstik di bibirnya. Semua warna lipstik yang dipilih akan menyerlahkan lagi wajahnya yang dah memang cantik tue. Amyra pandai pilih warna yang lembut. Patutlah si Amar Baharin tue jatuh cinta.
Tak payah nak keluarkan duit beratus-ratus ringgit untuk beli sebatang lipstik. Di Shopee korang boleh dapat dengan harga serendah RM20 je. Macam-macam warna ada. Kalau terasa berani, boleh cuba warna merah menyala. Kalau rasa nak jadi unik, boleh try warna ungu. Kalau rasa nak seksi sikit dengan suami, bolehlah warna pink. Yang penting pilihan tue biar serlahkan lagi kejelitaan bibir anda.
5. Fathia Latif
Fathia Latif ini sememangnya nampak makin cun melecun selepas bertudung. Selain itu kulitnya yang licin and cantik mestilah sebab ada make up sikit. Bagi Abang Nara, seorang wanita boleh pilih untuk bersolek atau tidak tapi kalau yang nak solek tu kenalah pilih yang sesuai untuk kulit tu.
Macam-macam jenis produk make up ada dijual di Shopee seperti cushion April Skin ni. Harga pun tidaklah mahal mana. Tak sampai ratusan ringgit pun. Korang cuma perlu pilih yang sesuai dengan kulit korang je. Tak payah nak beratur berjam-jam semata-mata nak beli kat kedai. Beli online di Shopee je mudah yang amat.
Baca Lagi

Thursday, September 8, 2016

Magik Pena

VIRAL!!! Sejam Man to Man talk dengan HAFIZ, BEKAS CALON SUAMI FARA FAUZANA, APA YANG HAFIZ BAGITAHU NI MEMANG BENAR BELAKA, BERSABAR BRO

Rasanya semua dah sedia maklum tentang pembatalan perkahwinan selebriti wanita tempatan Fara Fauzana yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini.
Walaupun wujud ura-ura mengatakan pembatalan tersebut atas sebab status bakal suaminya namun perkara tersebut dinafikan. Ternyata ia sama sekali tidak benar.
Lelaki yang dikenali sebagai Mohamed Hafiz itu merupakan seorang ahli perniagaan. Bekas wartawan terkenal, Syahril A. Kadir sempat bersembang dengan Hafiz selama sejam untuk menyelami apa yang sebenarnya berlaku. Ini Kisahnya.
SEJAM 'MAN - TO - MAN TALK' DENGAN HAFIZ, BEKAS CALON SUAMI FARA FAUZANA
Rasanya peminat hiburan tanah air ramai dah baca kenyataan deejay terkenal Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, yang membuat kejutan apabila memberitahu majlis perkahwinannya dengan Mohamed Hafiz Badiuzzaman yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.
Malah Hafiz juga semalam membuat kenyataan balas menegaskan yang beliau BELUM PERNAH BERKAHWIN seperti mana dakwaan media. Malah beliau juga meminta media bertanya sendiri pada gadis tersebut SEBAB SEBENAR Fara enggan meneruskan majlis yang dirancangkan.
Baik. Seperti yang aku pernah tulis sebelum ini, aku sangat mengenali Hafiz yang aku panggil Boy walaupun taklah serapat mana. Malah apabila aku menerima panggilan kira-kira pukul 1.09 pagi tadi, aku pun terkejut siapakah yang menelefon aku awal-awal pagi begini kerana aku tidak pernah 'save' nombor beliau, hanya kami kebetulan dalam satu 'whatsapp group'. Rupanya Hafiz yang call.
Selama hampir sejam kami berbual hati ke hati, man-to-man talk, tentang apa yang berlaku. Walaupun beza umur kami hampir 10 tahun, tetapi aku tetap hormat pada 'adikku' ini kerana latar belakangnya, pekerjaannya dan yang paling penting kerana
hati budinya.
Pendek kata, he's a nice guy!
Menariknya, selama sejam kami berbual, Hafiz langsung tidak menceritakan 'keburukan' Fara, jauh sekali mendendami gadis yang sepatutnya beliau nikahi itu. Yang sering keluar dari mulutnya cuma betapa beliau perlu kuat dan 'move forward' atas apa yang berlaku. Ini aku patut puji sekaligus menampakkan kematangannya walaupun baru berusia 30 tahun, enam tahun lebih muda dari Fara.
Bohong kalau aku tidak tanya mengapa Fara membuatkan keputusan drastik sebegitu. Namun dalam bab ini Hafiz masih konsisten dengan apa yang telah beliau jelaskan pada media sebelum ini.
" Bang, bukan saya taknak buka mulut, bukan saya nak lari dari media tetapi memandangkan Fara yang umumkan pembatalan perkahwinan kami, adalah lebih baik ditanyakan sendiri soal tersebut pada yang beliau, " katanya sayu.
Hafiz mengakui seperti mana Fara, beliau juga tertekan kerana segala persiapan, undangan telah dibuat. Malah beliau sendiri tidak sabar untuk menamatkan zaman bujang dengan kekasih yang dicintainya itu tetapi beliau redha dengan ketentuan ini dan menerima andai itulah penamat percintaan mereka.
Ditanya apakah yang beliau harapkan ketika ini, Hafiz berkata beliau perlu masa untuk menenangkan fikirannya dan ruang untuk beliau terus bersama keluarga yang menjadi tunjang kepada kekuatannya selama ini.
" Saya bukan selebriti bang, saya tak perlukan publisiti...saya hanyalah insan biasa...jadi bila jadi perkara sebegini, saya berasa sangat 'terkesan'...saya menghargai media tetapi janganlah buat spekulasi yang tak betul...rasanya kenyataan balas saya semalam kepada media sudah cukup jelas dan panjang lebar...sekarang ini saya perlu 'move on' walaupun ia bukan mudah, " kata Hafiz.
Actually perbualan kami malam tadi bukanlah 'menarik' dari konteks media kerana tidak ada yang sensasi atau 'benda panas' yang keluar dari mulut Hafiz cuma bagi aku secara peribadi, mengetahui yang Hafiz dapat handle situasi yang runcing ini dengan tenang pun dah lebih dari cukup.
Secara peribadi, aku juga mendoakan agar Fara tenang melalui hari-hari yang mendatang walaupun kisah ini bukanlah satu memori yang indah buat seseorang yang dah hampir benar untuk menempuh gerbang perkahwinan. Pasti ada sebab dan musabab Fara berbuat demikian namun biarlah ia 'berkubur' dengan sendirinya seperti mana berkuburnya cita-cita dan harapannya selama ini.
Jangan dihina Hafiz dan pada masa yang sama jangan dinista Fara. Tiada siapa manusia yang normal akal dan fikirannya mahu menghancurkan pelamin yang sedang dibina. Aku percaya Fara dah cukup matang untuk membezakan mana intan, mana permata dan Hafiz dah cukup waras untuk membezakan mana indahnya berlian dan mana rapuhnya kaca.
Aku harap walaupun Hafiz dan Fara bukannya saudara mara kita, tetapi mereka juga seagama dengan kita yang LAYAK untuk mendapatkan doa dari tangan mereka yang membaca artikel ini.
Tidak ada cacatnya Hafiz, tidak ada celanya Fara. Hanya takdir yang menentukan...segalanya telah berakhir di sini.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” -Surah Al-Baqarah (ayat 216)
.
Ikhlas dari 'abangmu',
SYAHRIL A. KADIR
Kuala Lumpur.
Baca Lagi

Wednesday, September 7, 2016

Magik Pena

KATA-KATA HELIZA HELMI TERHADAP SAFIEY ILIAS BUAT RAMAI NETIZEN BERSETUJU DENGAN PENDAPATNYA

Jika sebelum ini Dai' Wan telah tampil membuat luahan pujukan selepas khabar berita mengejutkan Safiey Ilias yang kembali berubah melawan fitrah, kini giliran Heliza Helmi pula membuat luahan.

Heliza Helmi melalui laman Facebooknya semalam telah menurunkan satu pos yang panjang mengajak agar Safiey tidak terjerumus kembali dalam dunia lamanya iaitu seorang mak nyah.

Baca: "Ini Gambar Pertama Kali Kita Bertemu dalam Aturan Allah", Ini Luahan Hati Dai' Wan Selepas Safiey Illias Kembali Berubah

Beliau dalam pada itu berkata "betapa kami semua memerlukan doamu untuk kami juga menjadi orang yang baik dan semakin baik di sisiNya, kami juga insan pendosa. Kami sendiri banyak khilaf,kelemahan , dan kami sendiri pun kena cermin diri kami sendiri. "

Jom kita baca luahan penuh Heliza.

Bismillahirrahmanirrahin. Assalamualaikum wbt Safiey Ilias.semoga sentiasa dalam rahmat dan kasihAllah swt, Aamiin
.
.
Ni kali pertama Kak Ija kirimkan mesej pada Safiey Ilias. Safiey apa kabar? Moga Safiey sihat hendaknya, Aamiin
.
Pertama Kak Ija nak ucapkan terima kasih sangat sangat kerana Safiey banyak memberikan kami kesedaran, di mana kami ni ,ada buat silap, ada kekurangan diri sendiri, banyak tutur kata , penulisan kami tidak kami jaga sehingga menyebabkan Safiey tersinggung. Maafkan kami Safiey. :'(
.
Kak Ija selalu baca post post Safiey, selalu bagi motivasi sampai Kak Ija kagum MasyaAllah, memang kuat Safiey ni. Sungguh! Kami kagum dengan anda yang sentiasa memberikan kami inspirasi dan motivasi, kami pun tak mampu nak jadi hebat macam Safiey. Terima kasih Safiey sebab selalu bagi kami semangat dalam hidup kami. BarakAllahu Fiik.
.
Dan sebenarnya ada sekali tu Kak Ija dijemput untuk satu program Forum ni dimana, kita akan digandingkan dalam forum tu. Masa tu seronoknya dan tak sabar nak berforum dan mendengar perkongsian dari Safiey, namun kita merancang Allah juga merancang, sebaik baik perancang adalah perancangan Allah, Safiey tak dapat turut sama dalam forum. Tak apalah, mungkin ada rezeki lain in sha Allah :)
.
Safiey, betapa kami semua memerlukan doamu untuk kami juga menjadi orang yang baik dan semakin baik di sisiNya, kami juga insan pendosa. Kami sendiri banyak khilaf,kelemahan , dan kami sendiri pun kena cermin diri kami sendiri. Orang macam Safiey dan kawan kawan Safiey banyak bagi kami sedar yang banyak kelemahan kami kena perbetulkan. Terima kasih menjadi asbab untuk sedarkan kami 🙏🏻😭
.
Jom kita sama sama berjemaah saling bantu membantu, menyokong , saling mendoakan, berkata yang baik baik, kita sama sama minta Allah jaga kita semua dalam rahmat dan kasih sayangNya sehingga nafas terakhir. Aamiin. Safiey, kami sentiasa ada bersamamu, doa kami mengiringi
.
Safiey,Kak Ija yakin Allah sayang Safiey sangat sangat. Begitu juga dengan kami semua. Betul kan sahabat semua?.....
.
Andai perjuangan itu mudah,
Pasti ramai menyertainya,
Andai perjuangan itu menjanjikan kesenangan,
Pasti ramai yang tertarik padanya
Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu,
Turun naiknya,sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tidak terhingga,
Andai rebah, BANGKITLAH SEMULA,
Andai terluka,INGATLAH JANJINYA
Baca Lagi
Magik Pena

Patutlah Lama Menyepi, Rupanya Ini Yang SAIFUL APEK Buat Sekarang yang sungguh tidak anda sangka

saiful%2Bapek.jpg
PELAWAK dan pelakon komedi Saiful Apek mengakui masih aktif dalam bidang seni meskipun kelibatnya kini semakin jarang menghiasi kaca TV mahupun layar lebar.
Menurutnya, dia kini banyak terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir yang memerlukan dia turun padang bersama-sama krew produksi untuk beberapa projek kendalian produksinya, Gitu-Gitu Productions Sdn Bhd.
Sebenarnya memang sejak dulu lagi saya terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir, cuma sekarang ini saya lebih aktif kerana mempunyai lebih banyak masa untuk berbuat demikian. Selain menerusi lakonan dan lawak jenaka, saya kalau boleh mahu memberikan sumbangan kepada industri dengan cara yang lain juga.
Melalui produksi sendiri, saya mahu lebih banyak menerbitkan program-program yang boleh memberi inspirasi dan motivasi kepada orang ramai. Misalnya yang terbaru saya terlibat dengan sebuah program TV yang menampilkan konsep jelajah busking.
“Saya dan team akan membuat siri persembahan busking ke seluruh negara dengan menggunakan peralatan muzik tradisional,” katanya.
Katanya, ia sesuatu yang cukup menarik untuk diketengahkan kepada masyarakat, khususnya anak-anak muda yang mungkin sudah tidak berapa kenal dengan peralatan muzik tradisional ini.
Menyentuh tentang dunia lakonan, pemenang Bintang Paling Popular, ABP 2003 ini kini sedang sibuk dengan penggambaran filem KL Vampires.
Sedikit selektif dalam menerima tawaran berbanding sebelum ini, Saiful Apek, kini mahu tampil dengan sesuatu yang memberi boleh kelainan kepada dirinya.
Suatu ketika dahulu, saya terima sahaja tawaran yang diberikan kerana faham ketika itu saya diperlukan sebagai pelaris.
“Asalkan tidak bertembung dengan jadual kerja yang lain, saya OK sahaja. Tetapi sekarang saya tidak boleh buat begitu lagi,” katanya.
Jelasnya, seiring dengan pengalaman dan perjalanannya dalam bidang seni ini sudah pasti ada perkara-perkara yang perlu dititik-beratkan seperti kualiti atau nilai penampilan dan sebagainya.
Mungkin disebabkan itulah saya kini dapat merasa untuk bawa watak-watak lain selain komedi.
“Tak sangka ada pihak yang memberi kepercayaan kepada saya untuk bawa watak-watak yang lebih serius seperti antagonis dan sebagainya,” katanya.
Menurut Apek lagi, apa yang lebih menarik, dia juga kini banyak mendapat peluang untuk bekerja dengan pengarah atau produksi yang bukan Melayu.
“Rasa terharu apabila mereka tahu latar belakang kerjaya seni saya dan yakin untuk bekerjasama dengan saya.
“Peluang untuk menimba pengalaman berbeza ini membuatkan saya sentiasa rasa teruja untuk bekerja, katanya.

Senario muncul semula
Terbaharu, ikon komedi ini juga berkongsi dirinya bakal membuat kemunculan semula bersama kumpulan Senario yang pernah menaikkan namanya suatu ketika dahulu.
Sebenarnya sudah lama saya dan anggota Senario yang lain merancang untuk kembali membuat kemunculan semula.
“Namun baru tahun ini ia bakal menjadi kenyataan. Hampir setengah tahun ini saya dan rakan-rakan membuat persiapan untuk projek ini. InsyaALLAH mungkin sekitar penghujung tahun ini akan muncul dengan sesuatu yang baru buat peminat,” jelasnya.
Katanya, projek ini dibuat kerana permintaan daripada peminat.
“Mungkin mereka rindukan penampilan kami suatu ketika dulu di mana ketika itu mereka membesar seiring dengan perkembangan kerjaya seni kami.
“Anak-anak saya sendiripun pernah mengatakan perkara yang serupa apabila dia sendiri rindu nak dengar lagu-lagu yang penuh motivasi daripada kumpulan Senario dulu selain-selain sitkom-sitkom yang kami jayakan, akuinya.
Baca Lagi

Tuesday, September 6, 2016

Magik Pena

Jom tengok Biodata dan Rekod Kejayaan SAFIEY ILIAS Yang Kembali Jadi Pondan Semula

Kenali biodata Siapa Safiey Illias pondan jutawan Malaysia jadi lelaki semula. Isu Safiey Ilias kini mula mendapat perhatian umum apabila “gadis” ini telah insaf dan balik ke pangkal jalan untuk jadi lelaki semula. Pembedahan untuk membuang implan telah berlangsung dengan lancar bertempat di Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu 16 April 2016. Perubahan yang dilakukan oleh Safiey Ilias telah mendapat sokongan pengguna laman sosial dan kini kisahnya turut terpapar di media cetak tempatan.
Biodata Safiey Ilias Pondan Jutawan Jadi Lelaki Semula

Nama Penuh: Saifuddin Bin Illias
Nama Komersial: Safiey Illias
Umur: 22 Tahun (2016)
Tarikh Lahir: 19 Mei 1994
Asal: Felda Lakum , Lanchang Pahang
Alamat Terkini: Kuala Lumpur
Jantina: Lelaki
Pekerjaan: Usahawan Online Produk Perlaking, Pakar Motivasi dan Mentor dalam dunia perniagaan
Pendidikan: 5 A UPSR, 8A PMR dan SPM (Semua A)
Sekolah: Sekolah Men Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS), SMK Datuk Bahaman , Lanchang, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK), UITM Shah Alam
Foto Safiey Ilias menunjukkan beliau merupakan seorang pelajar cemerlang dengan mencatat 8A PMR

Fakta Kejayaan Safiey Ilias Pondan Jutawan Malaysia
  • Merupakan seorang pelajar cerdik dan telah mendapat semua A dalam UPSR, PMR dan STPM
  • Telah mula berniaga sejak dari Tingkatan 4 lagi dari asrama di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Pahang
  • Memulakan bisnes tanpa modal pada ketika itu dengan mendaftar sebagai dropship produk kecantikan.
  • Bukan datang daripada keluarga berada. Pada masa itu, ayah Safiey Ilias hanya memakai kereta kancil
  • Mula menjana simpanan RM200K pada usia 17 Tahun sebaik sahaja tamat sekolah menengah
  • Masuk ke UITM tapi berhenti belajar kerana ingin fokus kepada perniagaan
  • Produk pertama keluaran sendiri adalah produk “Aurora” dengan modal RM500
  • Pada usia 19 tahun telah mampu membeli rumah secara tunai
  • Membeli kereta mewah seperti Camry, Audi, Mini Copper dan Hummer secara tunai
  • Menjana keuntungan 1 hingga 2 Juta pada usia 22 Tahun
  • Dalam mengecapai kejayaan Safie Ilias juga telah menyimpang jauh daripada Allah kerana melakukan suntikan horman untuk menjadi seorang wanita. Selain itu, telah melakukan pada bahagian dadanya supaya memiliki ciri-ciri seorang wanita.
  • Safiey Ilias juga telah dihujani dengan pelbagai kontroversi dengan ramai mendakwa beliau sebagai “Ahli Neraka”
  • Pada usia 22 tahun, beliau telah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Perubahan semula Safiey menjadi lelaki semula telah diterima baik oleh masyarakat.
Gambar Terkini Safiey Ilias Pondan Jutawan Jadi Lelaki Semula
Hidayah milik Allah, pada 16 April 2016 Safiey Ilias telah balik ke pangkal jalan dengan melakukan pembedahan untuk membuang implan pada bahagian dadanya.



Antara Produk Milik Safiey Ilias Dibawah Syarikatnya DSI Empire
Antara Gambar Kereta Mewah Milik Jutawan Safiey Ilias


   

Sumber: Biodata Safiey Ilias Pondan Jutawan Jadi Lelaki Semula | melvister.com 
Baca Lagi
Magik Pena

"Ini Gambar Pertama Kali Kita Bertemu dalam Aturan Allah", Ini Luahan Hati DAI' WAN Selepas SAFIEY ILIAS Kembali Berubah jadi PONDAN


6 Sept - Hari ini, kita dikejutkan dengan khabar berita mengejutkan Safiey Ilias yang kembali berubah melawan fitrah.

Dalam masa yang sama juga, pelbagai pihak cuba menarik kembali Safiey dari terjerumus semula ke kancah dosa dengan pelbagai nasihat dan pujukan.

Dai' Wan, baru-baru ini memuat naik kisah perbualan dan cubaannya untuk memujuk Safiey Ilias.

Biarpun gagal, Dai' Wan masih lagi menasihati agar Safiey bersabar dan cuba berusaha melawan semula perasaannya untuk bertukar menjadi wanita.

"Tiada insan suci yang tidak punya masa lampau, dan tiada insan berdosa yang tidak punya masa depan", tulis Dai Wan.

Ikuti perkongsian penuh dari Dai Wan


Ini gambar pertama kali kita bertemu dalam aturan Allah swt, Safiey Ilias.
Wan tidak punya panjang bicara lagi, kerana kita sudah bercakap dalam What's app hampir 1 jam tadi dengan bertujuan untuk pujuk Safiey, istiqomah semula.

Namun malam ini, Wan tak berjaya.
Safiey, kata hati penat. Letih. Tak tahan lagi dengan semua ini. Fed up.
Wan tenangkan Safiey lagi, berkali-kali juga.
Untuk jangan..
Untuk sabar.....

Seluruh ahli keluarga Safiey pun melakukan yang sama.
Wan terfikir ditempat ahli keluarga Safiey, jika Wan menjadi salah seorang dari ahli keluarga Safiey, pasti Wan akan terasa:

"Kadang-kadang dia tak tahu betapa kita sayangkan dia. Dia tetap dengan pilihan dia sahaja."
Mengapa disimpan pada hati sendiri dan biar ia terluka seorang diri Safiey, sedangkan kami yang mendoakan, tetap sahaja bersama.

Safiey, pandanglah kami yang terdekat ini, jika yang jauh boleh mengecammu.
Kami yang dekat ini tidak Safiey lihatkah, mereka yang jauh dengan kecaman, itu yang Safiey pertimbangkan.

Wan telah pesan tadi.

Kini bukan waktunya menilai dengan hati. Kerana ia berada dalam keadaan sakit, penat dan terluka.
Gunakan anggota lain waktu ni Safiey, ia adalah akalmu. Cari masa untuk kuat semula. Gunakan ia untuk melawan dan bermula baru dengan berhikmah. Lakukan atas nama dakwah. Bukan atas jagaan hati dan pandangan manusia lagi, sebab itu kamu penat, kamu kecewa, kamu terduduk sebentar sambil tertunduk.

WaAllahi, Allah akan bantu kamu Safiey.

Safiey,
Cuba lihat apa yang telah kamu miliki hari ini?

"Ahli keluarga yang selalu bersama dalam pahit manis liku hidup Safiey, sahabat2 dekat yang tahu Safiey lebih dari semuanya, rakan2 perniagaan yang menjadikan kamu contoh usahawan berjaya, agamawan yang memandang hijrah Safiey sebagai satu kesan baik pada agama & orang-orang sekeliling yang pernah titipkan masa mereka untuk dengar luahan dan kisah Safiey diserata Malaysia."

Kalau pun Safiey penat, kecewa, letih kerana mereka yang acapkali menghentam, mengkritik, negatif viewers.

Ketepikanlah semua itu malam ini, semata untuk Allah dan kami. Kesiankanlah kami yang bersamamu ini. Fikirkanlah kami juga.
Janganlah kembali seperti dulu, Safiey.
Sabarlah...
Sabar...
Sabar.

Semakin Safiey sabar, semakin tinggi darjatmu disisi Allah, apatah lagi malaikat, apatah lagi manusia.

Safiey, this is for you.

"Tiada insan suci yang tidak punya masa lampau, dan tiada insan berdosa yang tidak punya masa depan."

Ini ungkapan yang pernah Safiey ungkapkan dulu sewaktu Wan tonton kamu Live di Tv, dan kamu menangis kerana Hidayah-Nya.

Atas nama syukur, pertahankanlah ia.
Pertahankannya.

Yang benar, Da'i Wan.

Sumber : Dai Wan
Baca Lagi
Magik Pena

WAJIB TONTON!! 'Train To Busan', filem ZOMBIE KOREA Mendebarkan yang sekarang ini berjaya tersenarai BOX OFFICE KOREA

Movie Korea Terbaru Train To Busan telah mencetuskan fenomena dengan ceritanya yang menarik serta dibarisi pelakon yang hebat. Jarang sekali kita lihat Movie korea yang memaparkan babak Zombie dan ini adalah kali pertama korea membawa watak seram zombie dalam movie. Hebatnya movie ini kerana telah menjadi rebutan oleh hollywood dan perancis untuk remake movie ini.

Sinopsis Train To Busan

Mengisahkan Seok-Woo yang sangat busy dengan kerjayanya sebagai manager amanah saham sehingga terlupa hari jadi anaknya iaitu Soo-An. Soo-An yang kecewa dengan hadiah yang diberi oleh ayahnya telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan maknya di Busan.
Jadi nak tak nak Seok-Woo yang telah bercerai isterinya terpaksa menunaikan permintaan Soo-An yang rindu sangat pada maknya.
Ketika perjalanan Seok-woo bersama anaknya Soo-An menaiki kereta api berlaku rusuhan di antara Zombie dengan manusia. Ini menyebabkan keadaan dalam kereta api menjadi panik dan Seok-Woo bersama Soo-An berlari menuju ke gerabak yang lain lebih selamat.

sedia utk menyerang Zombie

Keadaan menjadi tidak selamat apabila stesen yang sepatutnya berhenti tidak selamat untuk turun ini disebabkan terlalu banyak zombie yang ditemui secara tiba-tiba dan menyebabkan Swok-Woo dengan anaknya lari semula ke arah kereta api dan menuju ke arah Busan yang dikatakan Bandar yang selamat. Namun, Seok-Woo telah terpisah dengan anaknya antara gerabak yang berbeza di mana pertengahan gerabak ada zombie yang telah dikunci pintunya.
Bagaimana Seok-Woo mahu ke gerabak anaknya sedangkan di antara gerabak mereka ada Zombie?

Review Train To Busan

Tajuk simple je tapi jalan cerita memang terbaik. Bukan senang nak tengok Movie korea yang ada zombie ni. Sekali korea buat movie zombie terus meletop.
Zombie movie ni lebih kurang macam World War Z, kena gigit je beberapa minit terus jadi zombie. Memang sekejap dan laju je serang manusia. Waktu malam (dalam terowong yg gelap) jadi lembab tapi siang jadi aktif.  Zombie korea lebih pada penglihatan berbanding deria bau.

Seok-Woo dan Soo-An terperangkap antara 2 kereta api

Movie ni dalam seram pun ada main emosi yang comfirm buat korang sedih gila lagi2x part akhir. Korea memang pandai kalau bab2x sedih ini.  Last2x orang yang diselamatkan survive.
Baca Lagi