Monday, May 9, 2016

Unknown

Inilah reaksi spontan Hafidz Roshdi setelah Peminat mengutuk isterinya..

Tidak mudah melatah, pelakon Hafidz Roshdi yang baru mendirikan rumah tangga baru-baru ini menyatakan bahawa dia memaafkan individu yang mengutuk rupa paras isterinya. Malah mereka juga menerima hinaan dan kutukan tersebut dengan sabar dan terbuka.

“Apa yang penting saya dan isteri bahagia dan bagi mereka yang menghina wajah isteri saya, dia (Nurul Shuhada) menyampaikan salam dan mengucapkan terima kasih atas hinaan tersebut”
“Dia juga tidak terasa hati dan memaafkan siapa yang tidak berpuas hati dengannya, secara tidak langsung perkara ini juga mengajar erti kesabaran kepada kami,” ujarnya seperti yang dipetik dimStar Online.
Sementara itu, Hafiz juga turut sama berterima kasih kepada beberapa rakan artis yang sanggup mempertahankan dia dan isterinya dan menegur sikap warga laman sosial yang biadap terhadap mereka.
“Saya berterima kasih kepada rakan artis yang prihatin dan cuba membela saya apabila dikutuk oleh pengguna laman sosial. Tidak apalah, mereka yang kutuk itu beri pahala percuma sahaja pada saya dan isteri,” katanya.