Tuesday, May 17, 2016

Unknown

[TERKINI!!!] Pesawat pejuang TUDM terhempas di Pekan..

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat pejuang milik TUDM, Aermacchi MB-339 dilaporkan terhempas di Kampung Serun dekat Nenasi, Pekan Pahang tengahari tadi.

Pesawat terbabit dikatakan mengalami masalah enjin ketika membuat penerbangan latihan. - Foto JBPM

Menurut kenyataan awal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, kejadian difahamkan berlaku kira-kira jam 12.50 tengahari  selepas pesawat berkenaan mengalami masalah enjin.


Bagaimanapun, juruterbang dan pelatih juruterbang TUDM terbabit dilaporkan selamat dan kedua-dua mereka mengalami kecederaan ringan.

"Kedua-dua juruterbang pesawat tersebut dilaporkan selamat apabila berjaya keluar dari pesawat dengan menggunakan kerusi injal pesawat," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan TUDM.


TUDM juga akan menubuhkan sebuah Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat punca kemalangan, tambah kenyataan itu lagi.

Kredit: Astro Awani