Tuesday, September 6, 2016

Unknown

WAJIB TONTON!! 'Train To Busan', filem ZOMBIE KOREA Mendebarkan yang sekarang ini berjaya tersenarai BOX OFFICE KOREA

Movie Korea Terbaru Train To Busan telah mencetuskan fenomena dengan ceritanya yang menarik serta dibarisi pelakon yang hebat. Jarang sekali kita lihat Movie korea yang memaparkan babak Zombie dan ini adalah kali pertama korea membawa watak seram zombie dalam movie. Hebatnya movie ini kerana telah menjadi rebutan oleh hollywood dan perancis untuk remake movie ini.

Sinopsis Train To Busan

Mengisahkan Seok-Woo yang sangat busy dengan kerjayanya sebagai manager amanah saham sehingga terlupa hari jadi anaknya iaitu Soo-An. Soo-An yang kecewa dengan hadiah yang diberi oleh ayahnya telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan maknya di Busan.
Jadi nak tak nak Seok-Woo yang telah bercerai isterinya terpaksa menunaikan permintaan Soo-An yang rindu sangat pada maknya.
Ketika perjalanan Seok-woo bersama anaknya Soo-An menaiki kereta api berlaku rusuhan di antara Zombie dengan manusia. Ini menyebabkan keadaan dalam kereta api menjadi panik dan Seok-Woo bersama Soo-An berlari menuju ke gerabak yang lain lebih selamat.

sedia utk menyerang Zombie

Keadaan menjadi tidak selamat apabila stesen yang sepatutnya berhenti tidak selamat untuk turun ini disebabkan terlalu banyak zombie yang ditemui secara tiba-tiba dan menyebabkan Swok-Woo dengan anaknya lari semula ke arah kereta api dan menuju ke arah Busan yang dikatakan Bandar yang selamat. Namun, Seok-Woo telah terpisah dengan anaknya antara gerabak yang berbeza di mana pertengahan gerabak ada zombie yang telah dikunci pintunya.
Bagaimana Seok-Woo mahu ke gerabak anaknya sedangkan di antara gerabak mereka ada Zombie?

Review Train To Busan

Tajuk simple je tapi jalan cerita memang terbaik. Bukan senang nak tengok Movie korea yang ada zombie ni. Sekali korea buat movie zombie terus meletop.
Zombie movie ni lebih kurang macam World War Z, kena gigit je beberapa minit terus jadi zombie. Memang sekejap dan laju je serang manusia. Waktu malam (dalam terowong yg gelap) jadi lembab tapi siang jadi aktif.  Zombie korea lebih pada penglihatan berbanding deria bau.

Seok-Woo dan Soo-An terperangkap antara 2 kereta api

Movie ni dalam seram pun ada main emosi yang comfirm buat korang sedih gila lagi2x part akhir. Korea memang pandai kalau bab2x sedih ini.  Last2x orang yang diselamatkan survive.